Gambar Pilihan

Showing posts with label Rencana Umun. Show all posts
Showing posts with label Rencana Umun. Show all posts

Wednesday 29 April 2015

GST JAMIN KELANGSUNGAN KEMAKMURAN RAKYAT



OLEH: 
ADILLATUL HASIF
AHMAD FAHMI
MOHD FAIZAL
HISAMUDDIN 
MOHD BADRUL HISHAM.


Kerajaan menjana pendapatan daripada cukai GST yang akan digunakan untuk meningkatkan kelangsungan kemakmuran rakyat. Pelbagai infrastruktur dan bantuan-bantuan sosial akan disalurkan kepada rakyat dengan adanya pertambahan pendapatan kerajaan.
      Goods & Services Tax (GST) adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan di semua peringkat perniagaan. Ia dikenakan ketika pengguna berbelanja atau membeli sesuatu barangan keperluan. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan yang disenaraikan oleh kerajaan sahaja.
     GST memberikan kelebihan kepada masyarakat. Antaranya ialah dapat mengurangkan kos perniagaan bagi peniagaan atau usahawan. Para peniaga dan usahawan bolah menuntut semula cukai input yang telah dibayar ketika menjalankan perniagaan seperti membeli bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan.
       Disamping itu, GST meningkatkan aspek pematuhan pentadbiran cukai dan pengutipan cukai akan lebih efisyen. Pelaksanaan GST telah mewujudkan satu mekanisme yang sistematik dan terkawal bagi pentadbiran cukai. Ini memberi satu kebaikan kepada rakyat dan kerajaan.  Akhirnya, kerajaan akan membelanjakan hasil kutipan cukai tersebut untuk kebajikan rakyat.
     Pelaksanaan GST turut berupaya mengurangkan karenah birokrasi pentadbiran percukaian. Matlamat GST adalah untuk memberikan kemudahan kepada semua lapisan, terutamanya kepada golongan yang terlibat dalam industri. Ia memberi ruang yang terbuka untuk mendapatkan bahan mentah tanpa perlu memohon kelulusan dari segi kuantiti dan jenis bahan mentah.
      Pengenalan GST secara tidak lansung akan memberi kesaksamaan dalam unjuran kos perniagaan. Ini bermaksud nilai kos perniagaan disaksamakan kepada semua lapisan golongan yang terlibat dalam perniagaan di semua peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau sektor perkhidmatan.
    Selain itu, melalui GST penetapan harga barangan yang berpatutan kepada pengguna dapat dikuatkuasakan. GST memberikan satu kesan yang baik kepada pengguna kerana ianya dapat menghapuskan cukai yang bertindih melalui Service & Sale Tax (SST). Kesannya rakyat dapat menikmati harga barangan atau perkhidmatan pada harga yang lebih rendah daripada sebelumnya.
      Umumnya, pelaksanaan GST pada 1 April 2015 pasti akan menjamin ketelusan percukaian.  GST memberi maklumat kepada pengguna bahawa setiap barangan atau perkhidmatan yang diurusniagakan oleh pengguna tertakluk kepada nilai cukai yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini mewujudkan satu sistem percukaian yang lebih telus, efektif, efisien dan mesra perniagaan.
     Pelaksanaan GST elak cukai tersembunyi yang terpaksa dibayar oleh pengguna ke atas setiap barangan atau perkhidmatan.  Ini kerana cukai tersembunyi tersebut telah disertakan bersama di dalam setiap barangan atau perkhidmatan yang mereka langgani tanpa mereka sedar. Kebiasaannya cukai tersembunyi atau SST ini melebihi 10% dari harga sebenar.
    Seterusnya, melalui GST kerajaan dapat menstruktur semula percukaian negara. GST dapat memberi ruang kepada kerajaan untuk menilai semula cukai negara akan menjamin tidak berlakunya pertindihan harga, harga berganda, harga terselindung dan juga kegiatan pemindahan harga.
    Selain itu, sistem percukaian negara menjadi lebih baik, efisien dan telus. GST membolehkan kerajaan mengutip cukai di semua peringkat perniagaan tanpa mengira apa juga bentuk perniagaan yang dijalankan. Ketelusan ini mampu mengurangkan penyelewengan dalam percukaian negara terutamanya oleh pengelak cukai.
    Khazanah dan hasil negara akan meningkat dan stabil. Oleh kerana GST dikutip di semua peringkat perniagaan, maka hasil percukaian negara akan meningkat. Negara menjadi kukuh kerana kedudukan kewangan yang stabil.  Ini memberi kelebihan kepada kerajaan untuk mengurus pembangunan negara dengan lebih baik.  hasilnya, rakyat akan menikmati kepesatan pembangunan Negara daripada sistem percukaian yang adil dan saksama.
     GST memberi manfaat kepada rakyat kerana dapat mengelak cukai yang bertindih, tersembunyi dan berulangan kali. Jika dahulu, SST menyebabkan  rakyat terpaksa membayar banyak cukai yang berlaku secara bertindih, tersembunyi serta berulangan kali dalam satu barangan atau perkhidmatan. Namun dengan adanya GST rakyat hanya perlu membanyar sekali sahaja cukai bagi setiap barangan dan perkhidmatan.
     Beban percukaian rakyat juga dapat dikurangkan. GST berupaya mengurangkan beban cukai ke atas rakyat kerana caj cukai tersebut hanya 6% sahaja berbanding lebih dari 10% sebelumnya.  Ini menjadikan rakyat dapat berbelanja lebih dengan pendapat yang mereka perolehi.
     Selain itu, GST akan menggalakkan pengelakan cukai untuk membayar cukai kerana jumlah cukai yang perlu mereka bayar adalah sangat minimum dan berpatutan. GST juga mampu mengimbangi kadar inflasi kerana harga barangan dan perkhidmatan menjadi murah dan rendah.
    Dalam penetapan harga, GST dapat memberikan harga yang telus ke atas setiap barangan dan perkhidmatan yang dilanggan.  Ketelusan ini dapat menjamin rakyat mengetahui nilai sebenar barangan dan perkhidmatan yang mereka langgan.  Jumlah cukai minimum yang dibayar akan tertera diresit mereka.
     GST juga menjadikan kos perniagaan menjadi lebih rendah.  Harga barang dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah dan barangan dapat dijual dengan lebih banyak. Selain itu, GST memperkayakan perkembangan ekonomi di semua peringkat masyarakat terutama golongan peniaga kerana harga barangan dan perkhidmatan menjadi murah dan rendah. Kuasa membeli rakyat akan meningkat dan pendapatan peniaga bertambah. Akhirnya, kitaran ekonomi akan berkembang dengan pesatnya.
     Manfaat yang dihadirkan oleh GST juga akan merancakkan perkembangan ekonomi negara.  Rakyat mempunyai pendapat yang lebih untuk berbelanja kerana dikenakan cukai rendah. Rizab kewangan negara juga menjadi lebih stabil dan akhirnya pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan pesat.oleh itu, Malaysia akan mencapai negara maju.
       Secara keseluruhannya pelaksanaan GST ini bukanlah sebagai satu bentuk beban kepada rakyat, sebaliknya ia memberikan jaminan kepada kelangsungan hidup rakyat.
GST membangun & maju bersama